Ketulusan hati benteng godaan syaitan, dapat mendekatkan diri dengan Allah
BERMUSAFIR di negara orang baru-baru ini, banyak pengalaman untuk dikongsikan bersama sahabat.
Kata pepatah, jauh perjalanan, luas pengetahuan. Tidak pernah terfikir untuk saya bermusafir hampir seluruh negara ASEAN, begitu hebat dan cukup indah kebesaran ciptaan Allah.
Walaupun berbeza dari segi bahasa, budaya dan warna kulit, kita tetap sujud pada kiblat yang sama. Perasaan saya tersentuh melihat suasana saudara seagama di Kemboja, ketika berpeluang melawat mereka di sana.
Kata seorang pelajar di sekolah agama di Kemboja, mereka makan nasi sekali sehari berlaukkan kuah saja. Mereka tidak pernah menikmati lauk yang enak.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bersyukurlah kita berada di bumi Malaysia, segala kesenangan dan nikmat kita kecapi cuma tinggal tangan menadah memanjat kesyukuran kepada Ilahi.
Berbeza di Singapura, masyarakat di sana saling menghormati antara agama. Banyak tokong Buddha bersebelahan masjid dan saya difahamkan setiap kali ada majlis jamuan, masing-masing akan mengundang jirannya, baik yang Islam atau penganut Buddha.
Teringat saya sejarah Rasulullah SAW, sahabat memilih agama Islam disebabkan keperibadian dan akhlak Baginda, keikhlasan membawa agama, kejujuran dan kasih sayang menjadikan Rasulullah insan disayangi manusia.
Sepanjang bermusafir, saya sempat menghabiskan sebuah novel berjudul Hati Sebening Mata Air, hasil tulisan Amru Khalid. Buku itu membicarakan mengenai keikhlasan dalam kehidupan seharian dan ia membuat air mata saya mengalir.
Terkenang setiap perbuatan saya, ikhlaskah saya selama ini melakukan kebaikan dan ibadah kepada Allah? Adakah kita ikhlas bekerja mencari rezeki halal kerana Allah? Tidak timbulkah penyakit hati, benci, dendam atau tertekan?
Hadis diriwayatkan oleh Ibnu Majah, ertinya: “Allah tidak menerima amalan, melainkan amalan yang ikhlas dan kerana mencari keredaan Allah.”
Islam memberi penekanan kepada tuntutan menetapkan niat dalam setiap amalan manusia kerana setiap amalan bergantung kepada niat. Ribuan orang pergi ke Makkah dan Madinah dengan pelbagai tujuan.
Ada yang niatnya kerana Allah dan ada pula niatnya mencari penghidupan dunia. Niat itulah yang membezakan antara muhajir (orang yang berpindah) dan musafir (orang yang berjalan-jalan) sekalipun kedua-dua pekerjaan itu sama.
Sukar untuk kita menjadi hamba yang ikhlas dalam segala amalan, kerana keikhlasan membabitkan hati. Tidak ada sebarang alat atau kaedah yang mampu menguasai hati manusia. Hati itu milik Tuhan, bukan milik kita dan Allah saja yang mampu menguasai hati manusia.
Ikhlas adalah rahsia Allah dengan hamba-Nya. Malaikat yang hampir kepada Allah pun tidak mengetahui rahsia ikhlas manusia, malah syaitan tidak dapat mencuri maklumat mengenai rahsia keikhlasan. Syaitan juga susah dan takut hendak mendekati orang yang mencari keredaan Allah.
Firman Allah yang bermaksud: “Iblis berkata: Ya Tuhanku, berilah aku ketangguhan sehingga hari manusia dibangkitkan. Allah berfirman: Sesungguhnya kamu termasuk yang diberi tangguh sehingga hari yang telah ditentukan waktunya. Iblis menjawab: Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya kecuali hamba-Mu yang ikhlas di antara mereka.” – (Surah Shad, ayat 79-80)
Oleh itu, untuk menjadi orang yang kuat kita perlu membersihkan diri dan menetapkan niat kerana sesungguhnya setiap amalan bermula dengan niat. Pastinya anda juga ingin menjadi orang yang kuat seperti janji syaitan kepada Allah untuk tidak menggoda orang yang kuat, ikhlas dalam setiap amalan.
Justeru, hendaklah diniatkan apa yang kita lakukan kerana ingin Allah menyayangi kita. Keikhlasan seseorang itu pasti ada kebahagiaan menantinya, yang menentukan kebahagiaan adalah hati. Hidup tiada makna jika tiada istilah ikhlas dan kasih sayang daripada Allah.
Kerana kasih-Nya kita dilahirkan, maka kerana kasih-Nya juga kita hidup dan kerana kasih-Nya juga kita akan berada di syurga nanti. Ada kala, sebagai manusia selalu terlepas pandang benda yang kecil tetapi sebenarnya ia memberi impak besar dalam kehidupan.
Contohnya, selalu bersangka buruk pada insan lain, hati membenci sesama kita. Cepat melihat kesalahan kawan. Ikhlas saja tidak cukup untuk menjadikan sesuatu kerja itu sebagai ibadah kerana ada syarat lain mesti dipenuhi untuk menjadikan pekerjaan itu ibadah kepada Allah.
Penulis ialah naib juara program Imam Muda terbitan Astro Oasis
SALAM...... tenangkan otak anda dgn artikel2 saya ni...... join la blog saya ni skrg!!!!! x PAYAH tunggu lagi..!!! buang masa je tunggu ni...!!!!
Rabu, 30 Mac 2011
Tujuh Air Terjun Tercantik
Sambil-sambil berehat di hujung minggu bersama keluarga kita sama-sama menikmati keindahan alam kurniaan Allah..
1. Niagra falls
2. Victoria falls
3. Angel Falls
4. Iguazu Falls
5. Yosemite falls
6. Sharavathi Falls
7. Ouzod Falls
p/s:kalau nak info lanjut kena ler search sendiri..sorry..
Menjaga bayi perlukan sepenuh perhatian
Bulan November tahun lepas, negara gempar dengan kes kematian seorang bayi kerana tersedak susu. Hari ini (tika artikel ini disediakan), media cetak sekali lagi mendedahkan kes yang sama dan kali ini melibatkan bayi berusia tiga bulan. Hakikatnya, terlalu banyak kes serupa berlaku saban hari, kisah kelalaian pengasuh dan taska, malah tak terkecuali kes-kes penderaan bayi secara sembunyi dan hanya dikesan setelah bayi tersebut pergi mengadap Ilahi. Dalam kes terbaru, agak sukar untuk saya percaya seorang pengasuh menjaga empat bayi serentak pada satu masa.
Kenapa boleh jadi begitu? Saya tahu, ramai yang beranggapan menjaga bayi adalah mudah dan senang. Sebabnya bayi hanya tahu tidur dan tidur dan tidur. Bagi je botol susu, letak dalam buai... dah, nanti lelap lagi lah bayi tu. Teringat kata seorang pengasuh di taska anak-anak saya suatu masa dulu. "Kami kena jaga dua baby serentak. Kalau dua-dua nangis tu, Kak A pesan baringkan jer dua-dua sekali kat atas riba, seorang sebelah. Pas tu, goyang je lah peha tu nanti diamlah...." Pengasuh tersebut menceritakan demikian selepas saya mempertikaikan kenapa bayi bertambah sedangkan pengasuh masih dalam jumlah yang sama. Mana nak jaga kanak-kanak yang dah besar sikit lagi. Dek sebab itu jugalah, saya berhenti menghantar anak-anak saya ke sana, bimbang dengan keselamatan da keselesaan anak-anak biarpun tika itu Ayuni dah tiga tahun dan Suhail dah dua tahun.
Terus terang, itu adalah kata dan pendirian orang tak ada akal. Kalaulah tak reti nak jaga bayi sekalipun, fikirkanlah secara waras, apakah wajar seorang bayi yang sinonim dengan tidak mengerti apa-apa: tidak mampu melafazkan apa-apa, laparnya adalah tangisan, dahaganya adalah tangisan, sakitnya adalah tangisan, ngantuknya adalah tangisan, basah kencing atau berak adalah tangisan... segala-galanya yang dilalui dalam kehidupan harian seorang bayi adalah hanya dengan satu signal atau tanda iaitu tangisan... wajarkah diperlakukan sedemikian???Kenapa boleh jadi begitu? Saya tahu, ramai yang beranggapan menjaga bayi adalah mudah dan senang. Sebabnya bayi hanya tahu tidur dan tidur dan tidur. Bagi je botol susu, letak dalam buai... dah, nanti lelap lagi lah bayi tu. Teringat kata seorang pengasuh di taska anak-anak saya suatu masa dulu. "Kami kena jaga dua baby serentak. Kalau dua-dua nangis tu, Kak A pesan baringkan jer dua-dua sekali kat atas riba, seorang sebelah. Pas tu, goyang je lah peha tu nanti diamlah...." Pengasuh tersebut menceritakan demikian selepas saya mempertikaikan kenapa bayi bertambah sedangkan pengasuh masih dalam jumlah yang sama. Mana nak jaga kanak-kanak yang dah besar sikit lagi. Dek sebab itu jugalah, saya berhenti menghantar anak-anak saya ke sana, bimbang dengan keselamatan da keselesaan anak-anak biarpun tika itu Ayuni dah tiga tahun dan Suhail dah dua tahun.
Hakikatnya, menjaga seorang bayi memerlukan perhatian sepenuhnya daripada pengasuh. Ya, seorang bayi lebih banyak tidur, itu saya akui. Namun, tidur bayi juga perlu diperhatikan, bukan hanya menunggu suara tangisan atau rengekannya sahaja. Kes tersedak susu sewajarnya tidak berlaku sekiranya seorang pengasuh, tak kiralah pengasuh di rumah atau di taska, memberikan perhatian yang sewajarnya kepada bayi tersebut.
Menyusukan bayi menggunakan botol bukan bermaksud buat jer susu kemudian disuap ke mulut bayi, lapik dengan bantal agar selari dengan kedudukan mulut bayi kemudian ditinggalkan begitu sahaja. Sebaliknya menyusukan bayi perlukan perhatian sepenuhnya daripada pengasuh atau penjaga bermula daripada hisapan pertama hingga hisapan terakhir. Setelah selesai minum pula, bayi perlu disendawakan bagi memberikan keselesaan sepenuhnya kepada bayi. Saya yakin, proses wajib ini tidak dilakukan di dalam kes-kes tersedak susu dan saya juga yakin, ramai yang bersetuju jika saya katakan, pengasuh di dalam kes tersedak susu ini boleh dikaitkan dengan kes membunuh tanpa niat.
Bunyinya seakan keras dan mungkin zalim tetapi itulah hakikatnya. Jika kes-kes penculikan kanak-kanak boleh dikaitkan dengan kelalaian ibu bapa, kenapa kes tersedak susu ini tidak dikaitkan dengan kes kelalaian pengasuh malah kes tersedak adalah lebih tepat menunjukkan kelalaian pengasuh atau penjaga berbanding kes-kes penculikan kanak-kanak.
Saya bukan nak melawan takdir. Saya bukan nak memberontak keras mewakili ibu bapa bayi terlibat atau nak lebih-lebih meluahkan rasa berbanding mereka. Saya hanya inginkan pihak berwajib mengambil perhatian tentang perkara ini. Apakah nak tunggu hingga lebih banyak lagi kes bayi yang baru nak belajar hidup meninggal dek kerana tersedak susu? Nak tunggu lebih ramai ibu bapa yang baru sahaja belajar menumpahkan kasih sayang kepada bayi mereka, terpaksa menderita menerima hakikat bayi mereka tersedak susu? Bunyinya mudah, tersedak susu tetapi bagi seorang bayi, ia adalah perkara yang perlu dielakkan. Sebabnya? dah tentulah membahayakan nyawa sebab tu boleh membawa maut.
Saya pernah luahkan di dalam blog saya dan kali ini, sekali lagi saya ingin meluahkan rasa hati yang sama. Saya merayu kepada semua ibu bapa di luar sana, berhati-hati memilih pengasuh anak anda terutama jika anak anda itu masih seorang bayi yang tak mampu menceritakan apa juga tindakan pengasuh kepadanya. Carilah pengasuh yang hanya menjaga bayi anda sahaja agar sepenuh perhatian dapat diberikan kepada bayi anda. Jika anak anda di taska, pastikan juga perkara yang sama. Dalam masa yang sama juga, ada tikanya kita perlu benarkan orang menjaga tepi kain kita agar kita tidak menyesal di belakang hari. Malah sesekali lakukanlah pemeriksaan mengejut bagi memastikan segalanya di dalam keadaan selamat. Ya, berserah kepada Allah hanya setelah anda berikhtiar.
"Ya Allah!! Kau selamatkanlah anak-anak yang tak berdosa dan Kau ubahlah sikap mereka yang jahat dan berpura-pura agar ikhlas menyayangi anak-anak kami dan menjaga mereka dengan jujur. Jika mereka masih dengan kejahatan mereka, Kau berikan kami kesedaran agar kami tidak terlambat bertindak dan Kau berikan balasan setimpal dengan perlakuan mereka.. amin ya rabbal a'lamin..
Dia Pernah Mencintaimu
"Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku," ujar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Suasana hening di pinggiran perkuburan al-Baqi'. Merenung tempat semadi para mukminin yang telah pergi, dan pasti Baginda juga akan menyertai mereka, seperti kita semua."Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?" para sahabat melontarkan soalan.
Persoalan.
Jika Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam merindukan saudara-saudaranya, apakah ada saudara yang lain selain mereka, para sahabat?
"Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara-saudaraku yang kumaksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada!" jawab Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Aneh.
Mencintai insan yang belum ada.
Seandainya seorang anak muda, termenung sedih di jendela angan-angan, runsing menanggung rindu kepada bakal isteri, yang orangnya belum ada... itu sudah menjadi satu kegilaan. Di luar kebiasaan. Perlukan rawatan.
Tetapi tidakkah Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam juga mengungkapkan cinta yang di luar kebiasaan itu? Kematian yang pasti, menjadikan Baginda pasti bahawa peluang untuk bertemu dengan orang-orang beriman di masa-masa mendatang itu mustahil. Tidak kiralah bagaimana rupa mereka, di mana mereka berada, bagaimana keadaannya. Cukup sekadar mengetahui bahawa mereka itu beriman, malah beriman tanpa pernah bertemu dengannya, sudah menyuburkan rasa cinta.
Cinta luar biasa.
Cinta yang menjadikan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam itu berkorban segala-galanya. Cinta itulah yang melimpah dan terus melimpah, hingga kamu yang hidup 1000 tahun selepas pemergiannya, biar sesudut Ceruk Tok Kun sekali pun beradanya kamu, tiada rumah yang tidak diketuk cinta Nabi.
SENYUMAN PERPISAHAN
Tiga hari Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam tidak mampu hadir berjamaah dengan kekasih-kekasih Baginda di masjid. Sakit kepala dan demam baginda semakin menjadi-jadi.
Subuh Isnin, 12 Rabi'ul Awwal tahun ke 11H,
Tatkala Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu membetulkan saf untuk mengimamkan solat, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam menyelak tabir yang memisahkan bilik Baginda dan ruang solat di Masjid.
"Sungguh takjub. Wajah Baginda seperti lembaran mushaf. Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam semasa memerhatikan kami, Baginda tersenyum dan ketawa kecil. Kami terlalu gembira melihat wajah itu. Abu Bakr sendiri berundur kerana menyangkakan Baginda mahu mengimamkan solat kami. Tetapi Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengisyaratkan agar kami memula dan menyempurnakan solat," kata Anas bin Malik, Radhiyallahu ‘anhu.
Wajah itu mengubat rindu mereka.
Tiga hari yang hilang warna dan sepi.
Tabir dilabuhkan dan kaum Muslimin meneruskan solat.
Senyuman Baginda itu penuh cinta dan kasih. Senyuman yang kaya dengan kepuasan melihat kaum Muslimin.
Sangka mereka itu senyum kesembuhan.
Rupa-rupanya ia adalah senyuman perpisahan...
Dhuha Isnin, 12 Rabi'ul Awwal tahun ke-11 Hijriah, Kekasih Allah itu pulang ke Teman Tingginya.
"Fee al-Rafeeq al-A'laa, Fee al-Rafeeq al-A'laa..." Baginda menghulurkan telunjuk kirinya ke langit.
"Kembali ke Teman yang Maha Tinggi, Kembali ke Teman yang Maha Tinggi" bibir itu lesu menuturkan sebuah pemergian.
Tangan itu rebah terkulai.
Basah dalam bejana air.
Seperti air mata sekalian umat yang ditinggalkannya.
Baginda wafat dalam jiwa yang penuh kasih sayang. Jiwa yang terselit di lubuk hatinya sebuah kerinduan.
Merindui saudara-saudaranya.
Kita.
SEBUAH PERTANYAAN CINTA
Justeru...
Bertepukkah tanganmu menyambut cinta yang agung itu?
Cintakah kamu kepada Pencinta yang agung itu?
Hati kecil itu tidak mampu berbohong.
Engkau tahu di mana cinta itu di hatimu....
"Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia" [riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa'ie dan Ibn Majah]
MUSIM CUTI SEKOLAH DAN UMRAH......
Musim cuti sekolah kali ini ramai yang mengambil kesempatan melakukan ibadah Umrah. Saksikan paparan ini, semoga ianya dapat mengamit hati anda yang belum pernah berkunjung kesana maupun yang sudah lama tidak berkunjung ke Mekkah. Kala ini ianya umpama 'Pesta Ibadat'.
tidak pernah sunyi di depan Haram' ni...
Pasti mengamit kerinduan kita untk kemari lagi...
suasana depa hotel darultauhid....
dah ramai skg jemaah solat di luar...aaalhamdulilah
subhanallah....
Jemaah mula keluar dari Pintu Utama
makin bertambah jemaah skg di mekah niii...alhamdulilah
Sunhanallah....
Dari posisi kawasan Muslimah sholat di Dataran Kaabah
Derita Yang Mengundang Bahagia
Kisah ini berlaku di sebuah kampung yang terletak di daerah Muar, Johor. Puan Salmah (bukan nama sebenar), kalau sekali pandang pada raut wajah yang tenang dan lembut itu, tentu kita tidak sangka beliau pernah menanggung penderitaan yang amat hebat.
Segalanya bermula selepas dia dikahwinkan dengan seorang pemuda pilihan orang tuanya di kampung tersebut. Pada awal perkahwinan mereka, rumahtangganya aman dan harmoni. Tetapi sejak kelahiran anak sulung, suaminya mula berubah sikap.
Suaminya itu menjadi seorang penagih dadah dan banyak menghabiskan masanya bermain judi. Bila kalah berjudi, dia akan pulang ke rumah dan meminta duit daripada isterinya. Kalau tak diberikan, dia akan dipukul, disepak dan diterajang tanpa rasa belas kasihan walau sedikit pun. Begitulah setiap hari dilaluinya dengan perasaan takut, cemas dan menderita mengenangkan nasib diri serta keluarganya.
Akhirnya kerana tak tahan melihat penderitaan Salmah, ibunya menyuruh suami Salmah menceraikannya. Salmah pun diceraikan dan pulanglah dia ke rumah ibunya. Tidak lama selepas penceraian itu, datang pula seorang pemuda melamarnya. Kalau diikutkan rasa hati, dia sudah serik untuk berkahwin lagi. Tapi memikirkan masa depan anaknya, dia bersetuju.
Bak kata pepatah harapkan pagar, pagar makan padi. Lelaki yang diharapkan dapat membela nasibnya, rupa-rupanya menjadi pengikis hartanya pula. Nasibnya tak ubah seperti keluar dari mulut harimau masuk ke mulut buaya. Suami keduanya juga panas baran dan suka main perempuan. Seringkali dia menjadi mangsa sepak terajang kerana tak mahu memberinya duit. Sehingga lembik tubuh dikerjakan, barulah dilepaskannya.
Saban hari begitulah nasib yang akan diterimanya. Badannya semakin kurus, matanya cengkung, mukanya pucat dan badannya sudah tak bermaya lagi. Tubuhnya calar-balar dipukul dengan kayu ataupun penyangkut baju. Tak terkata betapa hancur hatinya ketika itu. Namun dia sendiri pun takut untuk mengadu kepada sesiapa. Pernah dia mengadu pada jirannya, bila suaminya dapat tahu, lagi teruk dia dibelasah. Sejak hari itu dia takberani lagi mengadu pada sesiapa pun.
Tetapi dia masih ada tempat pergantungan. Di sanalah dia mencurahkan segala penderitaan batin yang ditanggungnya selama ini. Seringkali dibisik-bisikkan pada dirinya; walau berat mana pun penderitaan yang ditanggungnya, masih ada lagi orang di dunia yang nasibnya lebih buruk lagi. Itulah saja yang diulang-ulangkan demi memujuk hati yang remuk itu.
Pasti Allah tidak sezalim itu untuk membiarkannya sebegitu. Tentu ada sesuatu yang berharga di sebalik penderitaan yang ditanggung selama ini. Saban malam sewaktu suaminya keluar berfoya-foya dengan perempuan lain, Salmah sujud mencurahkan rasa hati pada Allah s.w.t.. Dia rasa tenang, dapat berbisik-bisik dengan ‘Kekasih’nya tanpa diganggu. Tidak pernah dirasakan ketenangan yang sebegitu rupa dalam hidupnya. Tenang kerana dapat tempat yang sewajarnya. Dia dapat rasakan cintanya berbalas.
Kini barulah dia memahami apa erti di sebalik kisah hidupnya yang terlalu tragis itu. Mengapa dua kali dia dipertemukan dengan suami yang panas baran? Rupanya, Allah mahu dia meletakkan rasa cinta dan tempat pergantungannya pada Dia. Bukan pada makhluk yang serba lemah itu (suaminya).
Kepada isteri-isteri yang sedang menghadapi masalah seperti puan Salmah ini ataupun menderita akibat dimadukan oleh suami, jadikanlah penderitaan puan Salmah ini sebagai iktibar.
Sejak hari itulah puan Salmah mula berjinak-jinak dengan ceramah agama. Selama ini dia terlalu jahil dalam selok-belok agama. Mungkin kerana kegagalan memikat hati suami menyebabkan suaminya mencari perempuan lain.
Setiap kali belajar agama, dia cuba mengamalkannya. Setiap kali suaminya pulang ke rumah, dia sudah bersiap dengan pakaian yang mengghairahkan, senyuman yang manis dan bersedia untuk memenuhi hajat suaminya. Suaminya terkejut besar melihatkan perubahan pada isterinya itu. Macam-macam dikata pada isterinya. Buang tabiatlah, sengaja nak gunakan ilmu sihirlah dan berbagai-bagai lagi dikatanya. Tapi Salmah tetap melayani suaminya seperti mana yang dipelajarinya.
Walaupun dia telah berusaha memujuk suaminya, namun suaminya masih tergila-gilakan perempuan jalanan yang mengikis poketnya dari melayani isterinya di rumah. Bagi Puan Salmah memanglah tidak semudah itu seseorang boleh berubah. Walau bagaimanapun dia masih tetap bersabar dan memberi masa untuk suaminya berubah. Dia yakin suaminya juga sedang membuat perubahan diri. Buktinya suaminya sudah kurang memukul, menerajang mahupun menamparnya sejak kebelakangan ini.
Kalaupun dia marah, dia akan terus keluar rumah dan tak balik-balik sampai dua tiga hari.
Walaupun puan Salmah mengetahui suaminya masih ‘main perempuan’, tapi bila tiap kali suaminya pulang ke rumah, dia akan berhias untuk suminya, berwangi-wangi dan melayan suaminya dengan manis muka. Sampaikan ibunya turut memprotes, â€Å“Kau ni dah gilakah? Apalah yang engkau layan sangat suami yang curang begitu. Dia bukan sayangkan engkau lagi. Dia tak heran dengan layanan engkau tu. Di luar pun dia boleh dapat lebih dari itu.â€�
â€Å“Biarlah dia buat begitu. Dia kan masih suami saya. Saya wajib melayaninya dan taat padanya. Dosa yang dibuat tu, itu antara dia dengan Allah.â€�
Begitulah saban hari dilayani suaminya sehinggalah akhirnya suaminya berubah hasil kesabaran dan akhlaknya itu. Sewaktu pihak kami menziarahinya, masih kelihatan parut-parut di tangannya, tapi dia cuba melindunginya kerana tidak mahu kami melihatnya. Dia juga tidak mahu gambarnya diambil.
Bila ditanya apakah rahsianya boleh melayani suaminya walaupun mengetahui perangai buruknya itu, dengan selamba dia menjawab, â€Å“Saya terhutang budi padanya. Kerana sikapnya itulah saya mendapat hidayah dari Allah.â€�
Begitulah sebuah kisah benar yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Masih ada lagi wanita yang berjiwa besar seperti Siti Asiah, sanggup bersabar menghadapi suami yang zalim. Walaupun mungkin penderitaannya tidak seberat penderitaan yang ditanggung oleh Siti Asiah yang berhadapan dengan kejahatan Firaun yang menghukum bunuh sesiapa yang tidak sujud padanya. Bagaimana dengan wanita-wanita hari ini yang bergelar isteri-isteri?
Ramai wanita yang bertuah dikurniakan seorang suami yang penyayang dan bertanggungjawab. Sepatutnya setiap wanita mensyukurinya, jangan pula hanya pandai merungut, memendam rasa dan sering bermasam muka bila berdepan dengan suami.
Tepuk dada, tanya iman.
Wallahu a’lam.
Akhirnya kerana tak tahan melihat penderitaan Salmah, ibunya menyuruh suami Salmah menceraikannya. Salmah pun diceraikan dan pulanglah dia ke rumah ibunya. Tidak lama selepas penceraian itu, datang pula seorang pemuda melamarnya. Kalau diikutkan rasa hati, dia sudah serik untuk berkahwin lagi. Tapi memikirkan masa depan anaknya, dia bersetuju.
Bak kata pepatah harapkan pagar, pagar makan padi. Lelaki yang diharapkan dapat membela nasibnya, rupa-rupanya menjadi pengikis hartanya pula. Nasibnya tak ubah seperti keluar dari mulut harimau masuk ke mulut buaya. Suami keduanya juga panas baran dan suka main perempuan. Seringkali dia menjadi mangsa sepak terajang kerana tak mahu memberinya duit. Sehingga lembik tubuh dikerjakan, barulah dilepaskannya.
Saban hari begitulah nasib yang akan diterimanya. Badannya semakin kurus, matanya cengkung, mukanya pucat dan badannya sudah tak bermaya lagi. Tubuhnya calar-balar dipukul dengan kayu ataupun penyangkut baju. Tak terkata betapa hancur hatinya ketika itu. Namun dia sendiri pun takut untuk mengadu kepada sesiapa. Pernah dia mengadu pada jirannya, bila suaminya dapat tahu, lagi teruk dia dibelasah. Sejak hari itu dia takberani lagi mengadu pada sesiapa pun.
Tetapi dia masih ada tempat pergantungan. Di sanalah dia mencurahkan segala penderitaan batin yang ditanggungnya selama ini. Seringkali dibisik-bisikkan pada dirinya; walau berat mana pun penderitaan yang ditanggungnya, masih ada lagi orang di dunia yang nasibnya lebih buruk lagi. Itulah saja yang diulang-ulangkan demi memujuk hati yang remuk itu.
Pasti Allah tidak sezalim itu untuk membiarkannya sebegitu. Tentu ada sesuatu yang berharga di sebalik penderitaan yang ditanggung selama ini. Saban malam sewaktu suaminya keluar berfoya-foya dengan perempuan lain, Salmah sujud mencurahkan rasa hati pada Allah s.w.t.. Dia rasa tenang, dapat berbisik-bisik dengan ‘Kekasih’nya tanpa diganggu. Tidak pernah dirasakan ketenangan yang sebegitu rupa dalam hidupnya. Tenang kerana dapat tempat yang sewajarnya. Dia dapat rasakan cintanya berbalas.
Kini barulah dia memahami apa erti di sebalik kisah hidupnya yang terlalu tragis itu. Mengapa dua kali dia dipertemukan dengan suami yang panas baran? Rupanya, Allah mahu dia meletakkan rasa cinta dan tempat pergantungannya pada Dia. Bukan pada makhluk yang serba lemah itu (suaminya).
Kepada isteri-isteri yang sedang menghadapi masalah seperti puan Salmah ini ataupun menderita akibat dimadukan oleh suami, jadikanlah penderitaan puan Salmah ini sebagai iktibar.
Sejak hari itulah puan Salmah mula berjinak-jinak dengan ceramah agama. Selama ini dia terlalu jahil dalam selok-belok agama. Mungkin kerana kegagalan memikat hati suami menyebabkan suaminya mencari perempuan lain.
Setiap kali belajar agama, dia cuba mengamalkannya. Setiap kali suaminya pulang ke rumah, dia sudah bersiap dengan pakaian yang mengghairahkan, senyuman yang manis dan bersedia untuk memenuhi hajat suaminya. Suaminya terkejut besar melihatkan perubahan pada isterinya itu. Macam-macam dikata pada isterinya. Buang tabiatlah, sengaja nak gunakan ilmu sihirlah dan berbagai-bagai lagi dikatanya. Tapi Salmah tetap melayani suaminya seperti mana yang dipelajarinya.
Walaupun dia telah berusaha memujuk suaminya, namun suaminya masih tergila-gilakan perempuan jalanan yang mengikis poketnya dari melayani isterinya di rumah. Bagi Puan Salmah memanglah tidak semudah itu seseorang boleh berubah. Walau bagaimanapun dia masih tetap bersabar dan memberi masa untuk suaminya berubah. Dia yakin suaminya juga sedang membuat perubahan diri. Buktinya suaminya sudah kurang memukul, menerajang mahupun menamparnya sejak kebelakangan ini.
Kalaupun dia marah, dia akan terus keluar rumah dan tak balik-balik sampai dua tiga hari.
Walaupun puan Salmah mengetahui suaminya masih ‘main perempuan’, tapi bila tiap kali suaminya pulang ke rumah, dia akan berhias untuk suminya, berwangi-wangi dan melayan suaminya dengan manis muka. Sampaikan ibunya turut memprotes, â€Å“Kau ni dah gilakah? Apalah yang engkau layan sangat suami yang curang begitu. Dia bukan sayangkan engkau lagi. Dia tak heran dengan layanan engkau tu. Di luar pun dia boleh dapat lebih dari itu.â€�
â€Å“Biarlah dia buat begitu. Dia kan masih suami saya. Saya wajib melayaninya dan taat padanya. Dosa yang dibuat tu, itu antara dia dengan Allah.â€�
Begitulah saban hari dilayani suaminya sehinggalah akhirnya suaminya berubah hasil kesabaran dan akhlaknya itu. Sewaktu pihak kami menziarahinya, masih kelihatan parut-parut di tangannya, tapi dia cuba melindunginya kerana tidak mahu kami melihatnya. Dia juga tidak mahu gambarnya diambil.
Bila ditanya apakah rahsianya boleh melayani suaminya walaupun mengetahui perangai buruknya itu, dengan selamba dia menjawab, â€Å“Saya terhutang budi padanya. Kerana sikapnya itulah saya mendapat hidayah dari Allah.â€�
Begitulah sebuah kisah benar yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Masih ada lagi wanita yang berjiwa besar seperti Siti Asiah, sanggup bersabar menghadapi suami yang zalim. Walaupun mungkin penderitaannya tidak seberat penderitaan yang ditanggung oleh Siti Asiah yang berhadapan dengan kejahatan Firaun yang menghukum bunuh sesiapa yang tidak sujud padanya. Bagaimana dengan wanita-wanita hari ini yang bergelar isteri-isteri?
Ramai wanita yang bertuah dikurniakan seorang suami yang penyayang dan bertanggungjawab. Sepatutnya setiap wanita mensyukurinya, jangan pula hanya pandai merungut, memendam rasa dan sering bermasam muka bila berdepan dengan suami.
Tepuk dada, tanya iman.
Wallahu a’lam.
Malaikat Mengatur Ribut Taufan. Mesti Lihat!! Subhanaallah...!
Kejadian alam yang di atur oleh PenciptaNya. Saksikan.
Laailaahaillallah....Boleh tak anda baca?-
Nampak tak Malaikat yang mengaturnya? Nampak dengan ilmu dan mata hati...dengan mata kepala, memang tak nampak!...sebab kita memang tidak mampu melihat malaikat kecuali dengan izin Allah...
AS diancam gunung berapi paling bahaya di dunia
Gunung berapi di Yellowstone National Park, di kawasan barat laut Wyoming, Amerika Syarikat, menunjukkan tanda-tanda aktiviti luar biasa.
Menurut catatan United States Geological Survey, lapangan di kawasan itu telah naik dengan kecepatan tiga inci atau sekitar 7,6 sentimeter setahun dalam tiga tahun terakhir. Pertumbuhan ini merupakan yang tertinggi sejak mulai dicatat pada tahun 1923.
"Pertumbuhan ketinggian tersebut adalah luar biasa kerana ia terjadi di kawasan yang luas dan pada kecepatan yang sangat tinggi," kata Robert Smith, seorang profesor geofizik dari University of Utah.
Pihaknya bimbang jika fenomena ini akan mengakibatkan letusan gunung berapi. "Walaupun begitu, kami mendapati bahawa magma di bawah kawasan itu kini berada di kedalaman 10 kilometer, jadi kita tidak usah panik," katanya.
Jika magma naik 2 hingga 3 kilometer ke atas permukaan tanah, rakyat Amerika perlu berjaga-jaga.
Yellowstone National Park pernah dua kali meletus sekitar 1.3 juta tahun lalu dan sekitar 642 ribu tahun lalu. Kali terakhir` meletus, ia memuntahkan debu sehingga ketinggian 30 ribu kaki atau sekitar 9.100 meter dan debunya telah menutup kawasan dari barat Amerika Syarikat hingga Teluk Mexico.
Kelebihan Syaitan Berbanding Manusia
Kita semua tahu syaitan adalah musuh manusia, mereka berjanji dengan Allah untuk menyesatkan manusia dari zaman Nabi Adam A.S sehingga hari Kiamat.
Syaitan tidak mempunyai kuasa apa-apa malah makhluk yang lebih lemah dari insan itu sendiri tetapi lihatlah sekeliling kita betapa ramai manusia yang membuat kejahatan bak kata orang tua ‘perangai mengalahkan syaitan.
Sebagai umat Islam, kita disunatkan membaca:Taa"wun dan Basmalah untuk mengelakkan dari tipu daya syaitan. Namun begitu syaitan mempunyai atitude-atitude yang kita tidak sedari yang mereka amalkan menyebabkan manusia sering kecundang dek hasutan syaitan iaitu:
1. Pantang menyerah
Syaitan tidak mudah menyerah selagi keinginannya untuk menggoda manusia belum tercapai. Sedangkan manusia banyak yang mudah menyerah dan malah sering mengeluh.
2. Selalu Berusaha
Syaitan akan mencari apa cara pun untuk menggoda manusia dan agar tujuannya tercapai, selalu kreatif dan penuh idea. Sedangkan manusia suka rilek, ramai yang malas. Sebab tu ada pepatah di kalangan student “belajar biar ciput, result biar ribut”
3. Konsisten
Syaitan dari diciptakan tetap konsisten pada pekerjaanya, tak pernah mengeluh dan berputus asa. Sedangkan manusia banyak yang mengeluh dan tidak berpuas hati dengan pekerjaannya, padahal banyak manusia lain yang mengaggur.
4. Sepakat
Syaitan tidak pernah saling menyakiti, saling menjatuhkan, bahkan selalu bekerjasama untuk menggoda manusia. Sedangkan manusia, suka menjatuhkan,kedekut ilmu, busuk hati , tidak peduli sesama sendiri malah sering berbunuhan sesama sendiri.
5. Genius
Syaitan itu paling pintar mencari jalan supaya manusia tergoda. Sedangkan manusia ramai yang tidak kreatif, bahkan ramai yang jadi peniru dan plagiat.
6. Tidak berkira.
Syaitan bekerja 24 Jam tanpa mengharapkan imbuhan apapun. Sedangkan manusia apapun harus dibayar.
7. Suka berteman
Syaitan adalah mahluk yang selalu ingin berteman, berteman agar ramai kawannya di neraka kelak. Sedangkan manusia memilih kawan, tengok status, mementingkan diri sendiri dan ego.
Tips mendidik anak mengikut panduan Islam
Jangan pukul anak dari lutut ke atas
Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintificnya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintificnya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamukala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah....Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah , ucapkan tahniah.
Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibubapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka."Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan.
Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun eronok."Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita boleh la cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "*****, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...
DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar.
Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.BERTAUBAT SEBELUM MELARAT Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah.Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?
"Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."HUBUNGAN DENGAN BAPA Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka.
Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kirakata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."USAH DERHAKA KEPADA MENTUA. Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya.
Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul,ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya.
"Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.
Sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers adalah mudah iaitu:- Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri mereka tidak boleh.
Tips:1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya) .
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
TANDA-TANDA AWAL TSUNAMI?

Ribuan ikan sardin, ikan-ikan bilis dan anak anak ikan tenggiri berkumpulan merapati sepanjang pantai tempat peranginan Mexico itu. Baru kini orang orang yg hadir itu berfikir dan mempercayai bahawa apa yg menjadi adalah berkait dengan tsunami yg melanda Jepun kelmarin.
hanya menangkap dengan menggunakan tangan
Nelayan-nelayan amat gembira dan sebuk dengan motorbot-motorbot kayu nya, meninggalkan jaring-jaring yg mereka guna dan mereka hanya mengaut ikan ikan dengan baldi sahaja.
kawan ikan yg terlalu banyak kelihatan hitam macam minyak tumpah
Beberapa pakar percaya fenomena secara langsung adalah berkaitan dengan tsunami yg berlaku diJepun. Nelayan-nelayan menyifatkan fenomena pelik ini dan arus luar biasa mempunyai kaitan kejadian tsunami yang meranapkan sebahagian dari Negara Jepun. Nelayan-nelayan di Acapulco mengatakan mereka tidak pernah melihat kawan ikan yg sebegini banyak berada berhampiran gigi air dimana mana pantai sekali pun.
Jumaat, 18 Mac 2011
ONE THOUSAND MILLION SMILE FROM DATO' SUDIRMAN HJ ARSHAD
One Thousand Million Smile
There's a gift I'd like to give you
That can't be bought or sold
A ray of sunshine across the waters
That comes straight from the soul
Let us join our hands together
To bind the colours of our skin
A rainbow under GOD's Great heaven
A sign that love will always win
One thousand million smiles
I bring to you across the miles
In my land of sunshine
Or in your land of snow
Makes no difference where you are
If you let your feeling show
One thousand million ways
To love each other every day
For the poet and the old man
For the mother and the child
These One thousand million smiles
If the world is full of sorrow
Then what's the meaning of life
If war's the master of the house
And hunger is his wife ooo...
But a shining bridge of lovin' smiles
And tender helping hands
Will bind all men on earth together
And will forever stand
So here I Stand with heart in hand
I bring this gift from my homeland
So take these smiles and sweets hellos
Keep then in your heart where ever you may go
SALAM TERAKHIR, ALLAHYARHAM SUDIRMAN HAJI ARSHAD...
Salam Terakhir
Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang
Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu
Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya
Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu
Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan
Salam ku yang terakhir
Ahad, 13 Mac 2011
JANGAN KETAWA KALAU BACA
Seorang pemandu yang mempunyai boss orang putih dari Amerika sedang memandu sambil bersembang dengan bossnya :
( Senang-senang datanglah ke rumah saya, kalau awak datang saya sembeleh ayam jantan utk awak).
Tiba-tiba kereta dihadapannya berhenti mengejut menyebabkan dia menyodok kereta tersebut. Pemandu tersebut pun meminta maaf dengan boss nya....
(Maaf Tuan, saya brek-brek, tak makan, selepas saya cek tayar tak ada bunganya lagi)
Orang putih tu pun mahu keluar dan ikut sama marahkan pemandu kereta
dihadapan. Tapi pemandu tersebut menghalangnya... sambil berkata:
(Jangan masuk campur, Tuan! Yang bawa kereta itu kalo tak salah saya, anak buah dari pengurus kewangan, dia memang bodoh bukan main... biar dia rasa)
Besoknya si pemandu tak masuk kerja. Lusa bila dia masuk kerja, si boss
orang putihnya bertanya:
"Why didn't you come to work yesterday?"
Pemandu menjawab: "I am sorry boss, my body is not delicious, my body taste like enter the wind."
(maaf boss, badan saya tak sedap, badan saya rasanya macam masuk angin)
"Easy, easy come to my house.. If you come.. I cut my c**k for you"
( Senang-senang datanglah ke rumah saya, kalau awak datang saya sembeleh ayam jantan utk awak).
Tiba-tiba kereta dihadapannya berhenti mengejut menyebabkan dia menyodok kereta tersebut. Pemandu tersebut pun meminta maaf dengan boss nya....
"Sorry Sir, I brake brake, do not eat. After I check the wheel no flower again."
(Maaf Tuan, saya brek-brek, tak makan, selepas saya cek tayar tak ada bunganya lagi)
Orang putih tu pun mahu keluar dan ikut sama marahkan pemandu kereta
dihadapan. Tapi pemandu tersebut menghalangnya... sambil berkata:
"Don't enter mix, Sir! The bring that car if not wrong I, is the children fruit from manager moneys, he is stupid don't play! Let he taste."
(Jangan masuk campur, Tuan! Yang bawa kereta itu kalo tak salah saya, anak buah dari pengurus kewangan, dia memang bodoh bukan main... biar dia rasa)
Besoknya si pemandu tak masuk kerja. Lusa bila dia masuk kerja, si boss
orang putihnya bertanya:
"Why didn't you come to work yesterday?"
Pemandu menjawab: "I am sorry boss, my body is not delicious, my body taste like enter the wind."
(maaf boss, badan saya tak sedap, badan saya rasanya macam masuk angin)
APA STATUS FACEBOOK ANDA...?
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh, jumpa lagi ye.. Kali ni aku takmo citer pasal kisah2 mistik, seram, muram, geram & harammmm.. Ni halal punya.. baik punya.. kaki2 kopi jantan, kopi janda, kopi cap kapal api boleh lah mengCOPYnya ye.. sila2.. sharing is caring.. Kali ni aku nk ceritakan keperibadian seseorg boleh di lihat melalui Facebook.. Ye lah.. Tanpa membuang masa, jom kita tengok ni.. (kalau korg terasa, aku tak tanggung ok!! dah ckp awal2 ni.. alaaa, yg menulis ni pun sama je sebenarnya! hahahaha)
1. Manusia Rajin
Bukan rajin apa, rajin update status setiap masa. Manusia jenis camni dia wat statusnya umpama diari harian.. Setiap jam mesti tgn dia gatal nk menaip kat status.. yelah, komen2 kat fesbuk semuanya dh habis di balasnya, so xtau nk buat apa.. UPDATE lah STATUS FESBUK ye tak? contoh yg kita leh tgk ialah :
- Tengah lepak kat Restoran Ayub
- On the way ke Kolej Komuniti Pasir Gudang setelah 14 hari bercuti dgn family
- Nak baca majalah Ujang! rindu PCD..!!
- Terberak dalam seluar, bangganya aku.. korg bila lagi?
2. Manusia Berirama Kuak Lentang
Cam pelik je bunyinya? Manusia camni byk kat fesbuk.. xtau la sama ada dia nk menarik perhatian mbr2 dia utk tackle/ngurat ke hape kan, ada pulak tu utk jeleskan mbr2 dia yg lain.. oh pelik dunia! so dgn bangganya dia wat ayat lebih kurang mcm ni..
- Kau sakiti hatiku, aku dah benggang utk bersama mu lagi (kat dunia realitinya siap nyanyi lagu BENGGANG nyanyian AKIM.. ;
- Terima kasih cinta, kau mengajar aku kesedihan.. Kini sudah masanya utk aku beralih arah (siap 'melayan' komen org yg komen status dia termasuk la cerita keburukan ex.. dan esoknya kapel ngan pengomen tersebut)
- Aku tak peduli apa org nk kata.. Asalkan aku bahagia bersama dia.. muaaahhhhhh (perghh~ aku doakan semoga org yg tulis status ni bahagia ye.. bukan jeles ke apa.. menyampah makkk nokkkk)
3. Manusia Kuat Mengeluh
Manusia yg camni aku jamin 80% org tak suka.. Itu takbleh, ini takbleh.. dia pun tak tahu bahawa org tak suka kat dia.. aku yg menulis ni pun tak tau org suka kat aku ataupun tidak.. ye tak? hati org siapa lah tahu.. tapi ni aku nk bagitahu pasal org mengeluh.. jgn lah cerewet sgt oi.. ingt mati ingt sakit ingtlah saat kau sulit.. itu yg penting! contoh ayat manusia kuat mengeluh ialah ;
- Hujan lagi! hari2 hujan.. tadi nak pergi kerja pun susah, dah la aku ni bawak motor je! (der.. dah tau musim hujan, ko mengeluh pun tak guna, so ko stanby lah baju hujan.. takpun ko beli kereta lah.. jgn mengeluh der.. kang kena sambar petir, sesia kejung..
- Aduh, lepas hujan, panas pulak.. Nak kiamat agaknya dunia ni.. berpeluh aku di buatnya (hahaha, bagus ingt kiamat, amalan dh cukup? neraka tu lagi panas der..)
- Bodoh betul lah, asyik kena saman je! saman tali pinggang bulan lepas pun belum bayar.. huh! (lu yg banggang, dah wat salah tu, terima je lah hakikat.. kalo taknak pakai tali pinggang, baik ko tunggang kuda ye tak?)
4. Manusia Sombong
Yang ni lagi menyirap beb kalo korg baca.. mendidih je.. tipu la kalo x mendidih.. tapi kita pun 1, jgn lah cemburu sgt.. mana lah tau nnti bila kita dh kaya, kita pun mcm manusia yg sombong ni! ni contoh ayat2 org yg sombong..
- Proton Inspira ku sayang, saatnya aku mandikan mu, biar wangi biar cantik.. (malas aku nk ckp bab2 ngengada camni.. hahaha)
- Esok nak pergi Paris.. Sape nak ikut? (lantak ko lah der, Pulau Tioman pun belum ku jejak, inikan pula Paris)
- Murahnya barang2 kat Pavillion Bukit Bintang nih.. esok nak pergi lagi..!! (hutak kaw murah.. barang harga RM50 pun susah nak cari, inikan pula barang yg berharga RM10..
- huh.. letih.. via iPHONE (status pendek nk mampus, semata2 nk suruh org tau dia UPDATE STATUS guna iphone..)
- aku kat spital.. via Blackberry (der, aku ada member nama dia Black, hari2 mkn StrawBERRY.. Black tu siap leh jalan sendiri la, Blackberry lu boleh ke jalan sendiri? nk kena dukung kan? member aku kena culik ngan Lanun Somalia leh masuk TV, henset lu hilang, wartawan nak amek port ke?)
5. Manusia Puitis
Yang ni aku paling suka, walaupun puisi pendek, mahupun pantun yg ringkas, ianya dpt mengembangkan minda kita, kadang2 mereka ni kelakar.. takde lah slow mcm beskal roda 3.. Contoh ayat kat status dorg ;
- Orang yg benar takkan takut, kerna dia tak melakukan sebarang kesalahan
- berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, kalau aku banyak bulu, aku sedekahkan dekat korg
- awekku manis mcm ciku, di bawa round naik motor, kalo korg nk kena siku, try lah maki aku dgn ayat kotor
6. Manusia London
bukannya dia duduk kat London ke apa, style bahasa tu dia ubah.. drpd melayu, dia tukar jadi english.. tapi bagus jugakan? contoh2 ayat, dh tentulah bhsa omputih tye tak? ;
- u jump, i jump..
- i want to eat monkey..
- the layang2 flying is veri tinggi (yg ni jgn ketawakan, aku slalu wat.. wakaka.. perosak bahasa la katakan.. hahaha)
7. Manusia LokLak
manusia loklak ni kebanyakannya remaja.. dorg wat ayat kelam kabut sikit, nak kata sikit tak sikit jugak.. ketawa dia pun kadang2 aku tak paham.. hehehe..
- Oh bestnyerrrrrr lepak ngan Awal Sehari tadi... xoxoxoxoxoxo
- Aduh, dah lah dahi terhaaannttookkkkkk kat bucu meja.. Member plakkk ketawakannn!! Ngeeeee....!!
- Sedapnya makan mekdiiiii, sesapa nak sila lah dtg sini yerrrrr? ngeh ngeh ngeh..
8. Manusia Perasan
manusia perasan ni, mmg byk ye tak? ada yg perasan nk jadi artis, org2 tiptop & sebagainya.. tapi aku tau, korg just jokes/bergurau ngan kengkawan je ye tak? alaa.. aku pun pernah wat lah status2 camni.. ;
- Bila lah Misbun Sidek nak gantikan Lee Chong Wei dgn kehebatan aku ni, dia tak tau ke yg aku ni pun ada bakat? hua hua hua..
- Sepatutnya aku yg berpindah ke Chelsea, kenapa pula Fernando Torres! Ini tidak adil..
- Afdlin Shauki tu kalo nk di bandingkan dgn aku, aku lagi kelakar.. huh..! takmo tgk Raja Lawak 5 tanda boikot!
9. Manusia Yang Tahu Mengata
ni pun aku menyampah gak.. selalunya aku jumpa kat profile/page org2 politik.. pergh dia punya mengata mmg maveles wa ckp lu.. padahal dia tu ape pun x bley.. hahaha Politik? Politik kotor.. contoh ayat dorg ;
- Nik Aziz kafirkan org UMNO (hahaha apa pun x bley kan? sesedap lu je ngata org & jatuhkan hukuman, baca lah huraiannya dulu dok diam tak bleh ke?)
- Najib tidur berdengar (ni pihak sebelah pulak yg mengata.. memang x habis2 la korg punya cerita.. aku geram, aku block terus profile/page korg! habis cerita..)
10. Manusia Kaki Wayang
yg ni ok beb.. dia bagi komen tentang movie yg dia tgk sebentar tadi.. kritik tetap kritik.. adat lah ye tak? kalo nak g tgk wayang, sibuk post kat status, kalo dh tgk, komen2 lah tentang cerita tu.. so kengkawan yg lain leh gak follow.. agak2 citer tu cam siol, boikot la.. hahaha cam kejam pulak bunyinya.. kalo citer tu best, dorg akan tiru gaya pelakon yg memainkan watak tu bercakap! ni contoh status ;
- filem 2 Alam Dr Rozmey tu tak best langsung! kutipan 40 juta? jangan haraplah..
- filem Khurafat memang terbaik..! filem seram pertama yg cecah 8 Juta.. hebat2.. rugi kalo tak tgk!
- Hantu Kak Limah.. best2..! hussiiinnnn~~ husssiiiinnnnn~~ enjit2 semut.. kak limah tak tengok Akademi Fantasia ke? Takkan tak minat AC Mizal kot?
11. Manusia Pedagang
manusia camni wat facebook semata-mata nak wat pengiklanan di FB.. x cukup dgn iklan dia kat surat khabar Metro hari2, muka terpampang sana sini sibuk dgn dia punya jual beli.. eh dh mcm berpantun pulak aku ni.. so, kalo korg tak suka, korg boleh UNLIKE lah dorg..! contoh ayat dorg.. ;
- Dulu Jus Mate, Sekarang DR2 Pula, Beruntungnya Jadi Pengedar DR-Group. Bukan Tipu-Tipu Ya, Memang Betul Betul. Cuba Lah..Hubungi Kak Lin Pengedar Sah Dulu, Kini Dan Selamanya 019-6217454... (ni aku copy paste ayat salah sorg mbr kat FB, kalo korg teruja ngan iklan ni, tepon la.. nyampah i nokkkk..
- ddr akan lancarkan dRPlanetTV siaran TV internet dR GROUP , perancangan dan persiapan telah ddr kemas kini utk dRPlanetTV ketemui anda semua. (pasal ape byk citer dari Dr Rozmey? pasal aku kena block kat page dia ari tu.. aku komplen produk, dia tak suka, dia terus block.. wah wah wah.. patut la org byk nyampah kat dia ni.. pssttt, dgr citer rambut dia mcm cendawan, btl ke?)
12. Manusia Alien
dorg ni mmg unik beb! tulisan dia kadang2 susah nak di baca walaupun ayatnya ringkas je.. hahahaha
- 0h Mai D4rL1nG.. i LuRv3 u 4reV3r.. (kan kan? mcm alien kan? but cute ape.. tak suka tak apa.. hahaha)
- Ouh mY 9oD..!! kYknY4w c gW k3ReNz 48ee5h d3ch..!! (yg ni sampai kiamat pun korg tak paham..)
13. Manusia Maki Hamun
oh, yg ni mmg berbisa.. kalo boleh, tak sanggup aku nk baca sampai habis.. hahaha.. kawal marah tu der/sis.. ilek2 sudah.. :)))))))))) <-- mcm cik miky auw auw yg menyamar **************** tu senyum..
- P***M** betul lah! Kalo ko tu lawa aku tak kisah! muka mcm **b* ada hati nak rampas bf aku..!!
- mcm s*a* lah pompuan ni, kol tak angkat2.. keluar ngan jantan lain ke apa?
- Jangan bajet bagus sangat lah.. aku tarik ko punya ***** baru tau,, dasar buaya..
14. Manusia Misteri
manusia camni biasanya dorg tulis sgt sgt sgt misteri.. xtau apa maksud.. harta karun pun tak misteri mcm dia nih.. hahahaha..
- Sudahlah...
- Sebenarnya pagi tadi aku yg...
- Termenung.. (termenung ape sih? gue ngak paham.. tulisnya biar habis loh! mak aku lah ni bukak citer Indon kat Astro, x pasal2 aku terikut.. Astro pun 1, xyah amek citer dari negara tu bleh tak?)
15. Manusia Macam Wartawan
yg ni pun byk gak kat status.. dorg tanya mcm kat komen la pulak.. padahal kat status.. apa bleh wat, hak masing2 ye tak? maybe dia sgt sgt sgt lah boring..
- Hai apa kabar? bosan la beb..
- Aku kat rumah, kau kat mana?
- Bosan lah kolej aku, kolej kau bosan tak?
16. Manusia Gila Seks
yg ni lagi bodoh nk mampos.. ari tu aku ada post screen print mamat gay yg slamber je tulis kat statusnya.. walaupun di letakkan tanda bintang * .. aku mampu membacanya.. contoh ayat ;
- Nak k***k,dapat m***k sambil main kan sdap. (banggang lah lu..)
- Ahhhh~~ Siapa pulak yg boleh teman aku kat Hotel sekian sekian sekian lepas ni? Aku baru lepas sekian sekian sekian..
17. Manusia Bermotif
dah la berseni, ayat pun bermotif pulak tu.. seni dia tu sbnrnya nk menarik perhatian org, tapi nk baca pun susah ye tak? ah lantak la.. contoh ayat ;
- Hnya 0rg mLas sJa yg slLu mNgaLami k'gagLan dlm hdupx.. krna bgi org yg g!at, sUatu k'gagLan adLah sbuah kberhasLan sBnrNy..
18. Manusia Kelakar
yang ni tak payah bagi contoh ayat.. kalo korg gelak tu maknanya kelakar lah tu.. org2 camni mmg best kalo kita follow fb dia.. hilang segala bagai stress yg melanda jiwa dan raga.. hahaha!
19. Manusia Gonjeng
sendiri wat status, sendiri LIKE.. sepak nak? wakakkaka just jokes!! :D :D :D
20. Manusia Lupa Daratan
Sibuk dok buka pekung di dada sendiri cerita hal dalam kain sendiri kt 1 dunia pas2 seronok bila ada org backup. Esoknye tibe2 cite rindu plak kt manusia yg die kutuk bagai nk gila smlm.
So, ikut kata binasa, ikut hati mati.. 99% anda yg menaip sbnrnya dtg dari hati.. pastu dia pergi ke otak.. otak pulak sambungkan ke tgn.. tgn menari-nari di keyboard & last skali jari telunjuk mengKLIK mouse.. cunnntaa~ Wassalam..
takyah nk terasa-terasa.. lagi skali aku kata, aku yg menulis ni pun sbnrnya sama..!!! hahahahhaahahahahahha.. papai.. Wassalam.. ^.^
UNTUK LELAKI BUDIMAN...
Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.
Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.
Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.
Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.
Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.
Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.
Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.
Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.
Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.
Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.
Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.
Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.
Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.
Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!
ANDAI LELAKI TAU........
Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.
KAPEL SECARA ISLAMIK???!!!
Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.
beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.
Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.
"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”
Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...
p/s : yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri ana sendiri terutamanya....wallahualam
Langgan:
Catatan (Atom)