Khamis, 10 Mac 2011

Pemimpin negara jual keretanya bantu rakyat beli rumah

Kalau pemimpin negara ini tak nak jadi macam pemimpin di Tunisia, Mesir dan dalam proses Libya dan beberapa negara Arab lain ikutlah cara satu pemimpin negara Islam ini yang sentiasa memikirkan nasib rakyatnya, bukan nasib kroni, anak beranak, isteri dan saudara maranya. Pemimpin negara ini telah melelong satu-satu kenderaan miliknya untuk disumbangkan ke tabung perumahan rakyat.

Sanggupkah pemimpin negara kita melelong semua kereta, semua banglo, semua kenderaan untuk membantu rakyat Malaysia yang disaman ekor, tak bayar bil IWK, cukai pintu, cukai tanah, PTPTN dan sebagainya.

Kepada pemimpin negara Malaysia , janganlah beri amaran supaya tidak digulingkan. Pujuklah rakyat, tunjukkan bukti macam pemimpin ini.

Barulah rakyat tak marah bila tengok pemimpin mereka cikai je.

Siapakah pemimpin negara Islam tersebut yang melelong satu-satunya kenderaan yang dia ada?
Baca dan lihat sendiri pada pautan berikut http://tehranifaisal.blogspot.com/2011/03/peugeot-ahmadinejad-sudah-terjual.html
 
 
Peugeot Ahmadinejad Sudah Terjual
 
Posted by Dr Faisal Tehrani
 
 
Masih ingat berita Presiden Iran, Dr Ahmadinejad yang berhasrat melelong kereta antiknya untuk memenuhi tabung perumahan rakyat termiskin di Republik Islam Iran. Setelah memenangi pilihanraya Presiden penggal pertama dalam tahun 2005, beliau diminta mengisytiharkan asetnya. Apa yang beliau miliki ialah sebuah rumah berusia 40 tahun dengan keluasan 175 meter persegi di Selatan Tehran, dua akaun bank dan sebuah Peugeot tahun 1977. Peugeot 504 yang pernah dipandunya ketika menjawat gelar Datuk Bandar Tehran itu sudah pun ada pembelinya.

Harganya $2.5 juta.

Ia terjual dalam satu lelongan awam yang turut disertai oleh pembida dari lapan buah negara. Khabarnya motokar putih itu sejak awal lagi sudah dibida dengan harga 1 juta oleh seorang pembeli rahsia dari negara Arab.
 
Dr Ahmadinejad di luar rumahnya.
 
Peugeot 34 tahun tersebut dilelong dalam satu pameran kereta klasik di Arvand Free Trade Zone wilayah Khuzestan.

Inilah namanya pemimpin yang merakyat.
 
 
Ahmadinejad's car sells for $2.5mn
 
Iranian President Mahmoud Ahmadinejad's Peugeot 504
 
A 1977 Peugeot 504 that had been owned by Iranian President Mahmoud Ahmadinejad has been sold for $2.5 million in a charity auction organized to raise money for a housing project for low-income families.
 
The 34-year-old Peugeot sedan was sold on Tuesday in an exhibition of classic cars in the Arvand Free Trade Zone in the southwestern province of Khuzestan, the Fars news agency reported.
 
In November 2010, Minister of Welfare and Social Security Sadeq Mahsouli said the funds obtained from auctioning off President Ahmadinejad's car would be used to support the Mehr Housing Plan, which will provide affordable housing for low-income households.
 
Bidders from eight countries had named their price for the car. It was previously announced that the white sedan had received a $1 million bid from an Arab country only a day after the car went under the hammer.
 
President Ahmadinejad arranged the auction as part of the efforts to raise funds to build 60,000 housing units for physically challenged and low-income women who are heads of households.
 
The Iranian president used to drive the white Peugeot 504 when he served as the mayor of Tehran before becoming president in 2005. The vehicle would be worth around $2,000 on the local market.
 
AS/JM/HGL
 
 
Mahu Beli Peugeot Milik Dr Ahmadinejad?
 
Posted by Dr Faisal Tehrani
 
 
Presiden Iran Dr Ahmadinejad setelah memenangi pilihanraya Presiden penggal pertama dalam tahun 2005 diminta mengisytiharkan asetnya. Apa yang beliau miliki ialah sebuah rumah berusia 40 tahun dengan keluasan 175 meter persegi di Selatan Tehran, dua akaun bank dan sebuah Peugeot tahun 1977. Agensi berita rasmi Iran hari ini memaklumkan, Dr Ahmadinejad akan menjual kereta kesayangan beliau untuk mendanai Yayasan Mehr, sebuah projek untuk membina perumahan untuk rakyat termiskin di Iran (untuk pembeli pertama). Ini memandangkan hartanah di Iran semakin meningkat naik.
 
 
Menurut Menteri Perumahan Iran, Ali Nikzad satu juta rakyat Iran layak untuk mendapat rumah tersebut. Dalam usaha mendorong derma, bantuan dana dan kempen menjayakan projek tersebut, Presiden Iran telah melelong kereta beliau ini. Tidak diketahui apakah kereta tersebut sudah pun ditempah. Sesiapa ingin mencuba menjadi pemilik Peugeot tersebut?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan